Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Tetamu’ Tak Diundang Depan Rumah, Buaya Panjang 1.5 Meter Gemparkan Penduduk

Bomba Petra Jaya berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 1.5 meter yang dijumpai berkeliaran di kawasan perumahan di Jalan Matang di sini malam tadi.

Sepasukan 10 anggota bomba menangkap buaya berkenaan di Taman Nanas 2 dalam operasi perkhidmatan khas komuniti selepas menerima panggilan pukul 11.19 malam.

Menurut pusat Bomba Sarawak di sini, buaya berkenaan dibawa ke stesen Petra Jaya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.