Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TH Kesan Aktiviti Siber Mencurigakan, Gantung Sementara Perkhidmatan Bagi Lindungi Pendeposit

TH Kesan Aktiviti Siber
Kredit: Bernama

Aktiviti siber yang mencurigakan telah dikesan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada 7 Oktober 2026.

TH dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengambil tindakan bagi menangani keadaan tersebut.

“Sebagai langkah pencegahan dan pengukuhan keselamatan berterusan, TH kini sedang melaksanakan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistem TH yang melibatkan penggantungan sementara ke atas perkhidmatan kepada pendeposit.

“Langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan pendeposit dan memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara,” katanya.

TH kesan aktiviti siber mencurigakan

Menurut TH, pihaknya juga sedang bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani perkara ini.

“TH memahami kesulitan yang mungkin dihadapi oleh pendeposit dan memohon maaf atas gangguan ini. TH ingin menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat dan terpelihara.

“Keselamatan simpanan dan maklumat pendeposit sentiasa menjadi keutamaan TH,” ujarnya lagi.

Perkembangan terkini termasuk status pemulihan perkhidmatan akan dimaklumkan oleh TH melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaa, pendeposit boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH di 03-6207 1919.

Intipati
  • TH mengesan aktiviti siber mencurigakan pada 7 Oktober 2026, menurut kenyataan rasminya.
  • Perkhidmatan kepada pendeposit digantung sementara ketika pemantauan menyeluruh terhadap sistem TH dilaksanakan.
  • TH menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat serta terpelihara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan