Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

”Bermula Esok, Kes Harian Tidak Lagi Akan Diumumkan Pada Petang Hari Tersebut” – Khairy

Gambar via Astro Awani

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat perubahan yang akan dilakukan berkaitan pengumuman laporan kes harian COVID-19 mulai esok.

Menurut Khairy, selepas ini tiada lagi kemaskini laporan kes harian COVID-19 secara berasingan sebaliknya akan diumumkan serentak selepas mendapat data yang lengkap bagi kategori lain.

“Bermula pada hari esok, bilangan kes harian tidak lagi akan diumumkan pada petang hari tersebut, ia akan diumumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

”Tidak ada lagi pelaporan pada petang esok.

“Kes esok akan dilaporkan pada hari Sabtu (19 Februari 2022),” kata beliau.

Jelasnya, pendekatan ini dilakukan untuk mengurangkan rasa cemas atau ‘fear factor‘ dalam kalangan orang awam sekiranya melihat kenaikan jumlah kes harian.

“Hal ini adalah supaya kita dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan ke hospital untuk mengurangkan ‘fear factor‘ kes setiap hari.

“Ia adalah perubahan tingah laku dan mindset kita.

“Kita kena baca (kes harian) dengan semua matrik dan data yang lain agar kita dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan keadaan kemasukan ke hospital, ICU, kategori dan sebagainya,” ujar Khairy dalam sesi sidang media KKM sebentar tadi.

Tambahnya, perubahan ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat secara perlahan untuk melihat juga angka-angka lain selain bilangan kes harian untuk mendapat maklumat yang lebih teliti.

Sumber: Sidang Media KKM