Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiada Perjanjian Setakat Ini Mengenai Gencatan Senjata Dengan Israel – Menteri Luar Iran
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menyatakan bahawa setakat ini “belum ada sebarang perjanjian” gencatan senjata dengan Israel.
Namun, beliau menegaskan bahawa sekiranya Israel menghentikan serangannya, Tehran juga akan menghentikan tindak balasnya.
“Sehingga kini, TIADA ‘perjanjian’ mengenai gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan,” kata Araghchi menerusi hantaran di media sosial, tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa satu perjanjian akan bermula sekitar jam 0400 GMT.
Tambahnya lagi, jika “Israel menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Iran sebelum jam 0400 waktu Tehran, kami tiada niat untuk meneruskan sebarang tindak balas selepas itu”.
BACA: Trump Umum Iran & Israel Setuju ‘Gencatan Senjata Sepenuhnya’
BACA: Siri Letupan Baharu Dilapor Gegar Tehran
BACA: Qatar Gantung Sementara Trafik Udara Susulan Konflik Iran-Israel
Sumber: AFP