Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Beranak Ditemukan Maut, Lelaki Dipercayai Terjatuh Dari Kondominium

Tiga beranak ditemukan maut
Kredit: Datuk Fadil Marsus --Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Tiga beranak ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah di leher dalam sebuah unit kondominium di Desa ParkCity, Persiaran Residen, Kepong, di sini hari ini, selepas polis menerima laporan seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium pada 3.32 petang berhubung insiden seorang lelaki maut yang dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Beliau berkata polis kemudian pergi ke unit kediaman berkenaan dan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membuka pintu sebelum menemukan tiga individu yang telah meninggal dunia di bilik berasingan.

“Ketiga-tiga mangsa dalam kediaman terdiri daripada isteri mangsa lelaki berusia 47 tahun serta dua anak mereka, masing-masing seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian leher, selain polis menemukan sebilah pisau dalam unit itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Sudden Death Report (SDR),” katanya.

Sumber:BERNAMA