Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS
SEREMBAN, 24 Julai (Bernama) — Tiga penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dipercayai ketika berkonvoi dalam kejadian di KM262 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi tadi.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kesemua lelaki itu dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.
“Maklumat awal kita terima tiga maut di tempat kejadian dengan seorang kritikal dan sedang dirawat di hospital manakala 10 lagi cedera.
“Siasatan masih dijalankan dan laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BACA: PM Anwar Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
BACA: SARA RM100: PM Anwar Bidas Pembangkang, Pertahan Inisiatif Kerajaan
BACA: Cuti 15 September: Majikan Ada 3 Pilihan, Pekerja ‘Wajib’ Tahu
Sumber: BERNAMA