Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah diramal hujan.
“Di Pahang, daerah yang diramal hujan hanya Bentong. Manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol.
“Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan seperti Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Semporna),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia