Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

negeri diramal hujan lebat
Kredit: Bernama

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa daerah di Perak, Kelantan dan Pahang.

"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

"Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

"Beralih ke Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.