Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Iqbal Yasir
hujan negeri pagi ini
Gambar: Bernama

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 10 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu dan Sarawak diramal hujan.

“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut dan Setiu.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan pagi ini adalah Miri (Telang Usan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Kebakaran Menara Komunikasi Di Kuala Kangsar Jejas Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi