Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Siri Gempa Bumi Sekali Lagi 'Gegar' Mindanao
Wilayah Mindanao di selatan Filipina sekali lagi digegarkan dengan tiga kejadian gempa bumi sederhana selepas dikejutkan dengan gempa bumi kuat pagi tadi.
Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi pertama berlaku pada jam 12:44 tengah hari dengan magnitud 5.3 skala Richter.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 5.0° Utara dan 125.6° Timur, pada kedalaman 70 kilometer. Pusat gempa terletak kira-kira 155 km Barat Laut dari Talaud island,Indonesia.
Tidak lama kemudian, satu lagi gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 dilaporkan berlaku pada jam 12:46 tengah hari.
Gempa kedua direkodkan pada koordinat 5.1° Utara dan 125.5° Timur dengan kedalaman 44 kilometer. Pusat gempa berada kira-kira 166 km Barat Laut dari Talaud island, Indonesia.
Seterusnya, gempa bumi sederhana turut berlaku pada jam 1:12 petang dengan magnitud 5.7 skala Richter.
Ia direkodkan pada koordinat 5.3° Utara dan 125.4° Timur, pada kedalaman 10 kilometer. Pusat gempa terletak kira-kira 151km Tenggara dari Koronadal City, Philippines.
Walaupun gegaran terus direkodkan di wilayah tersebut susulan beberapa siri gempa bumi yang berlaku sejak pagi tadi, METMalaysia mengesahkan bahawa kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi METMalaysia serta pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak sahih.