Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Tentera Pengaman Indonesia Maut Di Lubnan

Iqbal Yasir
Tentera Pengaman Indonesia Maut
Kredit: AFP

Tiga Tentera Pengaman Indonesia Maut Di Lubnan

Seramai tiga anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) terkorban ketika menjalankan misi keamanan berasingan di Selatan Lubnan (UNIFIL), lapor BBC News

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) melaporkan dua anggota TNI maut selepas satu letupan melanda konvoi logistik UNIFIL pada Isnin.

Manakala seorang lagi anggota terkorban pada Ahad apabila projektil meletup berhampiran pos kumpulan itu di kampung Adchit al-Qusayr.

Ketua Biro Maklumat Kementerian Pertahanan (Kemhan) Indonesia, Brigedier Jeneral TNI Rico Ricardo Sirait mengesahkan kematian ketiga-tiga anggota TNI dalam dua insiden berasingan di Lubnan berkenaan.

Tambah beliau, terdapat juga anggota TNI yang mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.

Sementara Ketua Operasi Keamanan PBB, Jean-Pierre Lacroix, menzahirkan ucapan takziah kepada Kerajaan Indonesia dan keluarga tiga anggota pengaman UNIFIL yang terkorban dalam tempoh dua hari terakhir ini.

PBB turut mengutuk keras terhadap serangan maut selama dua hari berturut-turut ke atas pasukan pengaman yang bertugas di Lubnan (UNIFIL).

"Anggota pengaman tidak sepatutnya menjadi sasaran," kata Lacroix kepada wartawan dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PBB di New York.

Susulan insiden tembakan maut pada Ahad, Jurucakap UNIFIL Kandice Ardiel menyatakan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut.

Untuk makluman, lebih daripada 8,000 anggota pengaman dari hampir 50 buah negara berkhidmat di bawah UNIFIL.

Misi ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Majlis Keselamatan PBB bagi memastikan pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan, serta memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Kehadiran mereka juga bertujuan membantu Lubnan dalam mengembalikan keberkesanan pentadbiran kerajaan di wilayah tersebut.