Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dr syed husin meninggal
Sumber: BERNAMA

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Meninggal Dunia

Azizah Najib

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Ali meninggal dunia di Hospital Selayang awal pagi ini, pada usia 88 tahun.

Berita kematian itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

“Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.

“Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk ‘Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara’ yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta ‘Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN’, dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air,” katanya.

BACA: “Ada Jeti,” Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Stesen Kereta Api Lama Port Dickson

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau juga pernah membantu kempen Allahyarham pada Pilihan Raya Umum 2004 sewaktu bertanding di kerusi Petaling Jaya Selatan.

“Dr Syed seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan. Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Dr Syed Husin pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya.

Jenazah Syed Husin akan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara.

Syed Husin yang dilahirkan di Johor, adalah seorang bekas profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya pada 1985 hingga 1990 dan dikurniakan tiga orang anak, hasil perkahwinan dengan Sabariah Abdullah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Kerajaan, Batu Pahat pada 1946 hingga 1953 sebelum meneruskan pelajaran di Kolej Inggeris, Johor Bahru (1954-1955).

Beliau juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM), Singapura (1956-1959), Master UM, Singapura (1963) dan Doktor Falsafah (PhD) (Sosiologi dan Antropologi) di London School of Economics and Political Science, United Kingdom pada 1972.

Dalam kerjaya, Syed Husin juga pernah menjadi Pegawai Penyelidik Sementara, Agensi Kesusasteraan Bahasa pada 1959 dan Profesor Pengajian Pembangunan Manusia, Institut Pengajian Lanjutan, UM pada 1982 hingga 1985.

BACA: PERHILITAN Kelantan Terima Laporan Penemuan Bangkai Harimau Belang Di Kuala Krai

Syed Husin memulakan perjalanan politiknya dengan menjadi ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 1960 sebelum bintangnya bersinar dan berjaya menjawat jawatan presiden parti itu pada 1990 hingga 2001 sebelum PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (keADILan) pada Ogos 2003 dan membentuk KeAdilan.

Pada pemilihan PKR pada 2004, beliau menang dengan 794 undi untuk jawatan Timbalan Presiden dan mengekalkan jawatan itu pada 2007 selepas menang tanpa bertanding.

Syed Husin yang dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi tempoh 2009-2015 sebagai Senator Dewan Negara, telah menghasilkan pelbagai buku antaranya Social Stratification in Kampung Bagan (1966), Malay Peasant Society and Leadership (1975), Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan (1978), The Malays, Their Problems and Future (1981), Poverty and Landlessness in Kelantan, Malaysia (1983), Ethnicity dan Class and Development, Malaysia (1984).

Sumber: BERNAMA

BACA: Dipercayai Tumpahkan Air, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Ibu Bapa

BACA: Lebih 150 Penggiat Seni Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Karyawan