Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
majlis yasin tahlil
Sumber: Bernama

Lebih 150 Penggiat Seni Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Karyawan

Azizah Najib

Lebih 150 Penggiat Seni Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Karyawan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Lebih 150 penggiat seni, rakan artis, wartawan dan ahli kariah masjid menghadiri majlis bacaan Yasin dan Tahlil buat insan seni yang telah meninggal dunia di Surau Ibadurrahman, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Lembah Pantai, di sini malam ini.

Majlis anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) sempena Majlis Semarak Zulhijah itu diadakan dengan kerjasama surau berkenaan bermula 7 malam.

Jurucakap majlis Akhmarulizam Ahmad berkata antara insan seni yang telah meninggal dunia dan didoakan dalam majlis tahlil itu ialah wartawan hiburan terkenal Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin serta artis veteran Datuk Hail Amir, Pyan Habib dan Jaafar Onn.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia berkata majlis tahlil ini juga untuk penduduk PPR Kampung Limau.

Majlis bacaan yasin dan tahlil karyawan di masjid kesukaan Allahyarham Huzz

Sementara itu, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata Surau Ibadurrahman dipilih sebagai lokasi majlis kerana ia merupakan masjid kesukaan Allahyarham Kamal Huzaini atau mesra dipanggil Huzz yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas.

“Kami pernah buat majlis sempena Zulhijah sebelum ini, tetapi dah lama tidak buat,” katanya sambil menambah majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu diadakan sesuai pada waktunya berikutan terdapat beberapa rakan artis telah meninggal dunia baru-baru ini.

Freddie berkata mengikut perancangan awal dalam satu atau dua minggu ini Karyawan juga akan mengadakan kunjungan ke rumah artis yang susah antaranya seorang artis bernama Iqbal yang mempunyai masalah penglihatan dan akan dibantu.

BACA: Pelakon Veteran, Kamal Bakar meninggal Dunia

Penyanyi legenda Datuk Khatijah Ibrahim pula berkata kehadiran penggiat seni pada majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu sangat menggalakkan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa.

“Kita akan buat banyak lagi kerja amal untuk semua rakan seperjuangan termasuk dalam penulisan, jurukamera, jurusolek artis dan lain-lain,” katanya yang turut memberi sumbangan kepada pihak Surau Ibadurrahman malam ini.

Mengenai Allahyarham Huzz, Khatijah yang membahasakan dirinya ibu berkata arwah gemar datang ke Surau Ibadurrahman.

“Ia satu nostalgia buat kami dalam mengingati beliau, seorang wartawan yang sangat berhemah. Selama menjadi artis, saya selesa dengan arwah dan senang hati apabila ditemu ramah oleh beliau,” katanya.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat maghrib disusuli dengan solat hajat dan bacaan Yasin serta Tahlil bagi memperingati insan seni yang meninggal dunia.

Hadir sama Timbalan Presiden Karyawan Radhi Khalid.

Sumber: Bernama

BACA: Semakin Menular, Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum “Childfree”

BACA: Busana Rizman Ruzaini Jadi Pilihan Lady Gaga, Diperaga Ketika Buat Persembahan