Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kamal meninggal
Sumber: Facebook Hanis Kamal Bakar

Pelakon Veteran, Kamal Bakar meninggal Dunia

Azizah Najib

Pelakon Veteran, Kamal Bakar meninggal Dunia

Pelakon veteran tanah air, Kamaruldzaman Bakar atau dikenali sebagai Kamal Bakar telah meninggal dunia di Hospital Melaka pada jam 1.10 pagi, lapor Sinar Harian.

Berita tersebut disampaikan oleh anaknya, Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35, di laman Facebook peribadinya awal pagi tadi.

“Dimaklumkan bahawa ayah saya Kamaruldzaman Bin Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi. Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah al-Fatihah buat ayah saya,” maklum anak sulungnya itu di laman Facebook.

Solat jenazah akan dijalankan di Masjid Bukit Baru, Melaka selepas zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka.

BACA: “Nak Ayah Rehat Ja,” Anak Kongsi Kenapa Ayahnya Berdegil Nak Berniaga Walau Dah Tua

Kamal yang sebelum ini dikhabarkan nazak telah dikejarkan ke hospital apabila ahli keluarganya menyedari perubahan pada dirinya dan tidak banyak bercakap. Menurut Hanis lagi, Kamal telah ditidurkan disebabkan kekurangan oksigen.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Allahyarham telah disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Melaka.

“Para doktor telah mengesahkan bahawa ayah saya menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat. Dan kanser itu telah merebak ke tiga tempat iaitu dada, salur darah dan berhampiran rusuk. Ayah juga telah mengalami strok dan terdapat kuman di dalam darah.

“Sekarang doktor tengah berusaha untuk mengatasi masalah kuman dalam darah ayah dahulu sebelum mesin oksigen dikurangkan untuk melihat tindak balas ayah. Sekiranya ayah berjaya untuk sedar sepenuhnya barulah ayah akan menjalani kimoterapi,” beritahunya pada 14 Jun menerusi laman media sosialnya.

Hanis yang juga pelakon memaklumkan bahawa bapanya berada dalam keadaan nazak pada Sabtu lalu.

Memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an, Kamal pernah membintangi beberapa siri drama dan filem seperti Tanah Kubur, XX Ray III dan yang terbaru, Andai Itu Takdirnya sebagai Encik Idris.

BACA: Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru, Kamal Bakar Kini Sedang Nazak

Sumber: Facebook Hanis Kamal Bakar, Sinar Harian

BACA: Pelakon Kamal Bakar Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap Empat