Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kamal bakar nazak
Gambar: Facebook Hanis Kamal Bakar

Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru, Kamal Bakar Kini Sedang Nazak

Azizah Najib

Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru, Kamal Bakar Kini Sedang Nazak

Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali dengan nama Kamal Bakar, kini disahkan nazak.

Keadaan terkini pelakon itu telah dimaklumkan oleh anaknya, Muhammad Hanis Kamaruldzaman, 35, di laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua ayah saya Kamaruldzaman Bin Bakar (Kamal Bakar) sedang nazak,” kongsi Hanis di laman Facebook.

Sebelum ini, Kamal, 62, telah dikejarkan ke hospital apabila ahli keluarga mendapati pelakon berkenaan menunjukkan perubahan pada diri dan tidak banyak bercakap pada petang Isnin. Menurut Hanis lagi, Kamal telah ditidurkan disebabkan kekurangan oksigen.

Hanis yang juga seorang pelakon memaklumkan ayahnya disahkan menghidapi kanser paru-paru tahap empat selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Melaka.

“Para doktor telah mengesahkan bahawa ayah saya menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat. Dan kanser itu telah merebak ke tiga tempat iaitu dada, salur darah dan berhampiran rusuk. Ayah juga telah mengalami strok dan terdapat kuman di dalam darah.

BACA: Terima Kunjungan Tun M, Faisal Halim Luah Rasa Terharu

“Sekarang doktor tengah berusaha untuk mengatasi masalah kuman dalam darah ayah dahulu sebelum mesin oksigen dikurangkan untuk melihat tindak balas ayah. Sekiranya ayah berjaya untuk sedar sepenuhnya barulah ayah akan menjalani kimoterapi,” beritahunya pada 14 Jun menerusi laman media sosialnya.

Dalam kerjaya lakonannya, Kamal pernah membintangi beberapa siri drama dan filem seperti Tanah Kubur, XX Ray III dan yang terbaru, Andai Itu Takdirnya sebagai Encik Idris.

Sementara itu, Hanis yang merupakan bekas pelajar ASWARA pula telah memulakan kerjaya lakonan sedari kecil. Seawal usia lima tahun, Hanis memegang watak pelakon kanak-kanak dalam filem pendek Sebening Syawal dan bergandingan dengan Janet Khoo.

BACA: Pelakon Kamal Bakar Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap Empat

Sumber: Facebook Hanis Kamal Bakar

BACA: Busana Rizman Ruzaini Jadi Pilihan Lady Gaga, Diperaga Ketika Buat Persembahan

BACA JUGA: Wartawan Hiburan Popular Huzz Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus