Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tindakan Tegas Terhadap Pegawai JPJ Memotong Di Garisan Berkembar

Azizah Najib
jpj memotong garisan berkembar
Kredit: Video orang awam

Tindakan Tegas Terhadap Pegawai JPJ Memotong Di Garisan Berkembar

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengesahkan tindakan tegas telah diambil serta merta terhadap anggota JPJ yang tular memandu dengan cara tidak wajar pada 9 Julai di Simpang Pulai, Perak.

Menerusi kenyataan media Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, pihak JPJ telah menerima laporan awam video yang tular di media sosial tersebut.

“Pihak JPJ Malaysia memandang serius berkaitan kejadian tersebut dan tindakan tegas secara serta merta telah dikeluarkan kepada anggota JPJ yang terlibat dengan tindakan seperti berikut.

“Pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar, larangan memandu kenderaan Jabatan dan arahan menggantung tugas serta menempatkan anggota yang terlibat ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan selesai,” maklum beliau.

Beliau turut berkata, langkah susulan juga telah diambil bagi melaksanakan siasatan lanjut berkaitan kesalahan lain anggota berkenaan.

“Pihak JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya termasuk anggota serta kakitangan Jabatan ini yang melakukan kesalahan lalu lintas,” tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menzahirkan penghargaan terhadap tindakan orang awam yang merakam kesalahan pengguna jalan raya lain.

Pihak JPJ turut mengalu-alukan aduan orang awam dalam melaporkan aduan perlanggaran peraturan jalan raya oleh pengguna jalan raya yang lain secara terus menerusi Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau dengan menghantar emel ke [email protected] dengan butiran lengkap aduan.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

BACA: Anda ‘Wajib’ Tahu, Ini Kesan Penurunan OPR Kepada Rakyat

BACA: Hubungan Malaysia-AS Dijangka Terkesan, Rantaian Perdagangan Terganggu Susulan Tarif Baharu