Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Tinggal Je Kereta, Beli Yang Baru’ Gurauan Netizen Curi Perhatian

KERETA
Kredit: Threads/ @mrs.ain97

‘Tinggal Je Kereta, Beli Yang Baru’ Gurauan Netizen Curi Perhatian

Setiap pemandu pasti berharap perjalanan berjalan lancar.

Namun, ada kalanya perkara yang langsung tidak dijangka berlaku hingga membuatkan kita hanya mampu garu kepala.

Begitulah situasi yang dikongsikan seorang pengguna Threads, @mrs.ain97, apabila sebuah kereta Mercedes-Benz dilihat berdepan kejadian luar biasa apabila bahagian fender tayarnya tersangkut pada celah lubang kecil di lantai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik semalam, wanita itu berkongsi gambar keadaan kereta berkenaan sambil mengajukan soalan kepada warga maya.

"Kalau dalam situasi macam ni, nak buat macam mana gais??"

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian netizen, namun bukan sekadar cadangan penyelesaian yang diterima, malah ruangan komen turut dibanjiri pelbagai gurauan yang mencuit hati.

Seorang pengguna, @emann.d, berseloroh kononnya jalan paling mudah adalah meninggalkan sahaja kenderaan itu.

"Biasa kalau dah kena kepit ni tinggal jelah kereta, beli kereta lain."

Kredit: Thread @nafeesa_nbl

Seorang lagi pengguna, @nafeesa_nbl, pula berkongsi gambar butang mod aliran udara penghawa dingin sambil bergurau seolah-olah ia boleh 'mengundur' keadaan tersebut.

"Tekan butang ni kak, nanti dia undo."

Tidak kurang juga komen kreatif daripada @i.homosapiens yang mencadangkan supaya tembok di sekeliling lubang itu sahaja yang dirobohkan.

"Cabut tembok, siapa suruh dia ada kat situ."

Sumber:@mrs.ain97
Intipati
  • Pengguna Threads @mrs.ain97 berkongsi gambar Mercedes-Benz dengan fender tayar tersangkut pada lubang kecil.
  • Hantaran itu menarik perhatian warga maya selepas beliau bertanya cara menyelesaikan situasi tersebut.
  • Netizen membalas dengan pelbagai gurauan, termasuk mencadangkan kereta ditinggalkan atau tembok dicabut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan