Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama
Pernah tak rasa macam bateri telefon cepat sangat habis walaupun baru je beli?
Sebenarnya, bateri memang antara komponen yang paling cepat ‘tua’ dalam mana-mana telefon pintar.
Tapi yang ramai tak sedar, kita sebenarnya boleh jaga bateri tu supaya tahan lebih lama.
Tak perlu pun guna aplikasi pelik-pelik. Cukup dengan tukar beberapa tabiat harian yang ramai orang tak sedar boleh rosakkan bateri.
Ramai suka tangguh kemas kini sebab rasa tak penting. Tapi sebenarnya, update tu bantu telefon jadi lebih lancar dan jimat bateri.
Kalau tak update, sistem telefon jadi perlahan dan guna lebih tenaga. Akhirnya bateri cepat habis, dan korang kena cas lebih kerap. Bila cas terlalu kerap, bateri akan rosak lebih cepat.
Ramai buat ni. Sambil cas, tangan tetap scroll TikTok, tengok video, main game.
Kalau korang guna telefon untuk benda ringan masa cas, tak ada masalah. Tapi kalau main game berat atau rakam video lama-lama masa cas, telefon akan jadi panas, dan ini boleh rosakkan bateri perlahan-lahan.
Kabel dan pengecas yang murah, terutama yang tak ada sijil keselamatan, boleh merosakkan bateri secara senyap-senyap.
Kadang-kadang kabel tu bagi kuasa yang tak stabil, dan bateri terpaksa ‘bekerja keras’ untuk terima cas tu. Lama-lama, bateri pun cepat rosak.
Telefon tak suka suhu melampau. Contohnya:
Kalau panas sangat (contoh tinggal dalam kereta tengah hari), telefon boleh berhenti cas sendiri untuk lindungi bateri.
Kalau terlalu sejuk, kadang-kadang bateri turun mendadak walaupun masih ada 50 peratus.
Ramai suka guna telefon sampai bateri habis baru cas. Tapi ini sebenarnya buruk untuk bateri. Bateri telefon paling sihat bila dijaga antara 20 hingga 80 peratus.
Telefon sekarang dah bijak. Banyak jenama dah sediakan ciri jaga bateri automatik, tapi ramai tak pernah buka pun. Contohnya:
Samsung ada ciri Protect Battery – akan berhenti cas bila bateri sampai 85 peratus.
iPhone ada Optimized Battery Charging – telefon belajar waktu tidur korang dan cas perlahan-lahan untuk jaga bateri.
Pixel dan Android lain pun ada ciri cas pintar supaya bateri tak duduk lama sangat pada 100 peratus.
BACA: Ketahui Maksud “Amin” Selepas Bacaan Al-Fatihah – Bahagian Dakwah JAKIM
BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya
BACA: Terlalu Ramai Percaya AI, CEO OpenAI Dedah Perkara Mengejutkan Tentang ChatGPT
Sumber: MUO