Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Anda seorang peniaga? Artikel kali ini sangat sesuai dibaca oleh anda.
Biasanya sebagai peniaga, medium utama untuk kita berkomunikasi dengan pelanggan secara atas talian adalah menerusi aplikasi WhatsApp.
Proses ini datang selepas pelanggan berminat dengan iklan-iklan yang kita paparkan sama ada di media sosial mahupun secara fizikal.
Namun, pernahkah anda mengalami situasi; pelanggan menghantar mesej kepada anda di WhatsApp, berlakunya sedikit perbualan kemudian pelanggan senyap dan ‘krik-krik’?
Berkemungkinan salah satu puncanya adalah cara kita yang salah ketika berkomunikasi dengan mereka di aplikasi itu.
Seorang warga Twitter, Abe Hurairah berkongsi satu tips penting bagaimana kita mahu berkomunikasi dengan baik di WhatsApp, sekaligus membuatkan pelanggan kita ‘terus on’ untuk beli produk kita, Insya-Allah.
Mari baca bebenang di bawah ini satu-persatu.
Pastikan pelanggan berasa selesa apabila berkomunikasi dengan kita.
Kalau guna perkataan yang terlalu rasmi dan agak kelihatan profesional pun, mungkin ia membuatkan mereka berasa janggal dan hilang rasa selesa.
Ini paling penting, janganlah sesekali kita buat testimoni palsu semata-mata nak membuktikan produk kita bagus.
Berniaga dengan jujur dan jadi diri sendiri itu bukankah lebih baik?
Semoga tips ini dapat dipraktiskan dengan baik.
Semoga murah rezeki semua.
Sumber: Abe Hurairah