Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

TNB Dedah ‘Trik’ Jimat Elektrik Di Rumah
Cuaca panas yang makin menjadi-jadi sekarang bukan saja buat kita rasa rimas dan berpeluh sepanjang hari. Malah, ia beri kesan ketara pada bil elektrik setiap bulan.
Bila kipas, penghawa dingin dan pelbagai alat elektrik lain dipasang hampir 24 jam sehari, tak pelik kalau bil pun mencanak naik.
Persoalannya sekarang, bagaimana kita boleh kurangkan penggunaan elektrik tanpa mengorbankan keselesaan di rumah?
Jangan risau, berikut adalah beberapa trik jimat elektrik yang boleh anda amalkan seperti disarankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Peti sejuk yang kemas dan tidak berselerak membolehkan udara sejuk mengalir dengan lebih lancar dan efisien.
Elakkan menyumbat terlalu banyak barang hingga menyekat pengaliran udara di dalam peti.
Sebelum keluar bekerja atau bercuti hujung minggu, pastikan semua suis seperti lampu, kipas dan penghawa dingin telah ditutup.
Jangan biarkan tenaga dibazirkan untuk ruang kosong yang tiada orang.
Penapis penghawa dingin yang kotor akan menghalang aliran udara sejuk dan memaksa alat itu bekerja lebih keras.
Bersihkan penapis dengan kerap supaya udara dapat mengalir lancar dan lebih menjimatkan tenaga.
Elakkan menggunakan terlalu banyak sambungan pada satu soket kerana ini boleh mengundang risiko litar pintas dan kebakaran. Pastikan juga suis ditutup jika tidak digunakan.
Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat semasa penghawa dingin beroperasi. Ini membantu ruang sejuk lebih cepat dan menjimatkan penggunaan tenaga.
Pada waktu siang, buka langsir dan biarkan cahaya matahari menerangi ruang rumah. Ini dapat mengurangkan keperluan untuk membuka lampu dan menjimatkan elektrik.
Tukar kepada mentol jimat tenaga seperti LED yang menggunakan tenaga lebih rendah dan mempunyai jangka hayat lebih lama. Ini bukan sahaja jimat bil, malah jimat kos penyelenggaraan jangka panjang.
Penghawa dingin menggunakan tenaga yang banyak. Tetapkan suhu antara 24°C hingga 26°C, ia sudah mencukupi untuk menyejukkan ruang dengan selesa dan menjimatkan tenaga.
Tak perlu biarkan aircond menyala sepanjang malam. Gunakan fungsi pemasa untuk tetapkan ia tertutup secara automatik selepas beberapa jam anda tidur. Ini sangat membantu dalam menjimatkan tenaga secara konsisten.
Jika berhasrat membeli alat elektrik baharu, pilih yang bertaraf 5 bintang (Energy Star).
Peralatan ini direka untuk beroperasi dengan lebih efisien dan menjimatkan penggunaan tenaga dalam jangka masa panjang.
Kesimpulannya, cuaca panas mungkin tidak dapat dikawal, tetapi penggunaan tenaga di rumah adalah tanggungjawab kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.
BACA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta
BACA: Ini Cara Renew Insurans Kenderaan Guna MyJPJ
BACA: 7 Tip Bijak Ambil “Loan” Kereta Supaya Tak Terbeban
Sumber: TNB