Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TNB Kongsi "Trick" Set Aircond Pada Musim Panas

Set Aircond Pada Musim Panas
Gambar: Siakap Keli

TNB Kongsi “Trick” Set Aircond Pada Musim Panas

Apabila musim panas terik atau cuaca semakin sukar dijangka, pendingin hawa sememangnya menjadi penyelamat utama di kebanyakan rumah dan pejabat.

Tidak kira siang atau malam, hembusan udara sejuk daripada penyaman udara mampu memberikan kelegaan serta keselesaan, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar di mana bahang panas lebih terasa.

Bagi pengguna pendingin hawa, rata-rata pastinya sering menekan butang “Cool” pada alat kawalan tanpa mengetahui terdapat juga fungsi “Dry” mode yang sebenarnya memainkan peranan penting

Hakikatnya, ramai pengguna cenderung menetapkan suhu terlalu rendah, sedangkan amalan ini bukan sahaja meningkatkan penggunaan tenaga, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti menyebabkan kulit kering atau mudah mengalami selsema.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berkongsi hantaran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai perbezaan Dry mode dan Cool mode, serta cara tetapan penyaman udara yang betul untuk musim panas.

Jom ikuti perkongsian di bawah;

Beza Cool Mode & Dry Mood

Cool Mode

  • Sesuai untuk cuaca panas

  • Menyejuk dan mengedarkan angin

  • Suhu bilik yang nyaman dan seragam

Dry Mode

  • Sesuai untuk cuaca hujan atau lebih sejuk

  • Mengurangkan kelembapan dalam udara

“Cuaca panas dan kering sekarang boleh tahan teriknya. Jadi, pastikan anda jaga diri dan kekal hidrat ya!

“Memang tidak dinafikan, penyaman udara jadi 'penyelamat' utama tapi tahukah anda, setiap mod aircond sebenarnya ada fungsi tersendiri? 

“Dengan tetapan yang betul, anda boleh kekal sejuk dan selesa tanpa pembaziran elektrik. Ingat, sentiasa tetapkan suhu optimum antara 24°C hingga 26°C,” kongsi TNB.

Semoga bermanfaat