Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tol Percuma Bersempena Sambutan Deepavali Bermula Sabtu Dan Ahad Ini – Menteri
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada hari ini telah mengumumkan pemberian tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya sempena sambutan Deepavali pada Sabtu hingga Ahad ini.
“Pelaksanaan pemberian tol percuma itu bermula pada 11 November 2023 (Sabtu) jam 12.01 tengah malam sehingga 12 November 2023 (Ahad) jam 11.59 malam,” katanya.
Menurut Alexander, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol di negara ini kecuali tol dekat sempadan negara.
“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol. Kecuali di plaza tol dekat sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskanadar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Sumber: Astro Awani