Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tonton Filem Korea Selatan 5 Minit, Remaja Dari Korea Utara Dijatuhi Hukuman ‘Kerja Berat’ Selama 14 Tahun

via Google

PYONGYANG – Seorang pelajar sekolah menengah dijatuhkan hukuman melakukan ‘kerja berat’ selama 14 tahun hanya kerana menonton filem dari Korea Selatan selama lima minit, lapor Daily Star.

Pelajar yang berusia 14 tahun itu ditahan pada 7 November yang lalu, selepas didapati sedang menonton filem yang bertajuk The Uncle. Sumber mengatakan bahawa pelajar itu berasal dari Sekolah Rendah dan Menengah Hyesan City.

Sementara itu, terdapat kebimbangan mengenai nasib ibu bapa pelajar yan mungkin dikenakan hukuman tersebut kerana wujudnya ‘sistem perhubungan’ di Korea Utara.

Di sana, sekiranya wujud jenayah budaya yang disebabkan oleh pendidikan tidak bertanggungjawab, pihak berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak 200,000 won Korea Utara.

Oleh itu, penduduk Hyesan bimbang ibu bapa pelajar berkenaan boleh dihantar ke kem tahanan politik selepas kejadian hampir sama yang pernah berlaku pada pasangan suami isteri lain.

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu dipindahkan ke sebuah kawasan luar bandar pada Februari lalu disebabkan anak mereka ditahan menonton filem lucah.

Undang-undang Korea Utara telah menetapkan bahawa mana-mana individu yang menonton atau menyimpan filem dari Korea Selatan selama lebih lima tahun atau kurang daripada 15 tahun, akan dikenakan hukuman melakukan kerja berat.

Menurutnya lagi, undang-undang baharu ini secara rasmi memperkenalkan sistem perhubungan.

Sumber: Utusan Malaysia