Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Total Lockdown: Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Tak Dibenarkan Keluar Ke Tempat Awam Kecuali 4 Sebab Ini

Gambar sekadar hiasan

Bermula 1 Jun pada hari ini, kerajaan telah melaksanakan ‘total lockdown’ atau penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi membendung peningkatan mendadak wabak Covid-19 sehingga 14 Jun depan.

Terdapat pelbagai garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia sepanjang tempoh ini.

Antaranya menyebut, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah kini tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali atas empat sebab-sebab tertentu iaitu:

1) Kecemasan

2) Rawatan

3) Pendidikan

4) Senaman

Ini berikutan negara telah merekodkan seramai 82,341 kanak-kanak dan bayi yang dijangkiti Covid-19, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Daripada jumlah itu, katanya 19,851 kes melibatkan golongan berusia daripada 0 hingga 4 tahun, 8,237 (5 hingga 6 tahun), 26,851 (7 hingga 12 tahun) serta 27,402 (13 hingga 17 tahun) dan mereka adalah pesakit COVID-19 kategori 1, 2 dan 3.

Bimbang dengan statistik tersebut, Dr Adham menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti seperti tidak membawa anak-anak mereka ke tempat yang sesak.

Menurutnya, walaupun tiada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan kompaun dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak, namun kertas siasatan boleh dibuka.

Sumber: MKN, Bernama