Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trafik Dilapor Mulai Perlahan Sebelum Masuk Plaza Tol Gombak & Terowong Genting Sempah Arah Timur Pada pagi Ini

Gambar Via LLMinfotrafik

Aliran trafik ke arah timur pagi ini dilaporkan meningkat setelah orang ramai mula berpusu-pusu untuk pulang ke kampung sempena Hari Natal.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui perkongsian di Twitter memaklumkan bahawa trafik mulai perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur pada jam 9.11 ini.

Trafik juga dilaporkan perlahan sebelum masuk Terowong Genting Sempah arah Timur.

Sebelum ini, LLM telah berkongsi cadangan waktu perjalanan sempena Hari Natal yang boleh memudahkan orang ramai.

Sumber: LLMinfotrafik