Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tragedi Pengerang: Seorang Mangsa Hilang Akhirnya Ditemui Rentung, 5 Terkorban Setakat Ini

Foto: Bernama

Sebentar tadi kita dikejutkan dengan berita kebakaran di Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, Kota Tinggi dengan jumlah kematian sebanyak 4 orang manakala seorang selamat dan seorang lagi melucur hampir 70 peratus.

Susulan daripada itu, awal pagi tadi pihak Bomba melaporkan seorang lagi pekerja dilaporkan hilang semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menerusi laman Twitter Bernama berkata, mangsa yang hilang dalam kebakaran di Kompleks Bersepatu Pengerang ditemui rentung dan ia menjadikan jumlah maut lima orang.

Sultan Johor berkesempatan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Sumber: Bernama