Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara resort golf terkemuka di Malaysia selepas meraih empat anugerah berprestij dalam tempoh kurang sebulan.
Pencapaian itu merangkumi pengiktirafan dalam bidang golf, gaya hidup, makanan dan minuman, rekreasi keluarga serta kelestarian alam sekitar.
Pada 30 Julai lalu, TGCR menerima anugerah Excellence in Leisure Luxury Golf & Lifestyle Resort menerusi The BrandLaureate Lifestyle BestBrands Awards 2026.
Lebih membanggakan, TGCR merupakan satu-satunya kelab golf Malaysia yang menerima pengiktirafan pada anugerah berkenaan tahun ini.
Kejayaan itu diteruskan pada 8 Ogos 2026 menerusi Tourism Industry Awards 2026 (TIA26) apabila TGCR membawa pulang tiga lagi anugerah, iaitu:
Best Family Oriented Golf Club
Best Golf Lifestyle Restaurant – Twenty7 Restaurant
Best ESG Excellence Award for Golf Club



Anugerah Best ESG Excellence Award for Golf Club turut mencipta sejarah apabila TGCR menjadi penerima sulungkategori tersebut yang diperkenalkan buat pertama kali dalam Tourism Industry Awards.
Pengiktirafan berkenaan mencerminkan komitmen TGCR dalam menerapkan amalan kelestarian dan bertanggungjawab dalam operasi resort.
Menurut Pengarah Eksekutif, Pengurusan Resort Tropicana Golf & Country Resort, Shahril Abdul Salam, kejayaan meraih empat anugerah dalam tempoh kurang sebulan merupakan satu pencapaian membanggakan buat seluruh pasukan TGCR.
Katanya, pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen pihak resort dalam menyediakan pengalaman terbaik kepada ahli dan tetamu, merangkumi golf, hospitaliti, makanan dan minuman, rekreasi, acara, kesihatan, sukan serta kelestarian.
“Pencapaian ini menjadi bukti dedikasi dan semangat seluruh pasukan TGCR dalam memberikan pengalaman luar biasa dalam setiap aspek resort.
“Kami akan terus berusaha meningkatkan standard, mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat ahli dan tetamu serta mengukuhkan kedudukan TGCR sebagai antara resort golf dan gaya hidup terkemuka di Malaysia,” katanya.
Pencapaian terbaru itu turut menambah koleksi pengiktirafan industri TGCR, selain melengkapkan pencalonannya dalam HAPA Awards 2026 Series dan World Golf Awards 2026.
Ditubuhkan pada 1990-an, Tropicana Golf & Country Resort meliputi kawasan seluas 625 ekar dan dibangunkan sebagai sebuah kawasan peranginan bersepadu yang merangkumi aspek kehidupan, pekerjaan, rekreasi, pendidikan dan gaya hidup.
Antara tarikan utamanya ialah padang golf 27 lubang yang memenangi pelbagai anugerah serta clubhouse seluas 450,000 kaki persegi.
Clubhouse tersebut kini berkembang menjadi hab golf, rekreasi dan gaya hidup yang dilengkapi enam restoran, sebuah klinik, kedai runcit, spa, dua kedai sukan, tadika serta pusat pembelajaran, selain pelbagai kemudahan rekreasi dan perkhidmatan lain.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Tropicana Golf & Country Resort.