Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Dimasukkan Ke Pusat Perubatan Tentera, Dirawat Beberapa Hari

Gambar: Forbes/Google

Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tentera Negara Walter Reed malam tadi.

Merujuk laporan CNN, Rumah Putih memaklumkan yang beliau akan menerima rawatan di sana selama beberapa hari.

Perkembangan terkini itu dikemaskini selepas 15 jam Trump disahkan positif ujian COVID-19.

Difahamkan, Trump dirawat dengan ubat antibodi eksperimen yang telah menunjukkan hasil awal tetapi belum dikaji semula.

Berdasarkan kenyataan doktor, presiden US itu telah menerima lapan gram dos antibodi yang dinamakan REGN-COV-2; iaitu dua kombinasi antibodi peneutralan manusia terhadap virus.

Rawatan itu dibangunkan oleh Regeneron Pharmaceuticals yang juga pernah membangunkan ubat antobodi hampir serupa dalam merawat Ebola sebelum ini.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Alyssa Farah berkata, tiada sebarang peralihan kuasa (pentadbiran) diserahkan kepada timbalan presiden, Mike Pence ketika ini.

“Presiden masih lagi bertugas,” katanya.

Bagaimanapun Rumah Putih dilaporkan mempunyai kebimbangan yang serius terhadap kesihatan presiden itu.

Sumber: CNN, The Spectator Index, The Guardian