Trump Kata AS Terima Lebih 80 Juta Tong Minyak Dari Venezuela
Presiden Donald Trump berkata pada Selasa bahawa Amerika Syarikat telah menerima lebih 80 juta tong minyak dari Venezuela sejak Washington menggulingkan pemimpin negara Amerika Selatan itu, Nicolas Maduro.
“Kami baru sahaja menerima lebih 80 juta tong minyak daripada rakan dan sekutu baharu kami, Venezuela.
“Pengeluaran minyak Amerika telah meningkat lebih 600,000 tong sehari,” kata Trump dalam ucapan State of the Union pertamanya sejak memulakan penggal kedua di Rumah Putih.
Trump pada Januari lalu mengarahkan penahanan pemimpin sosialis Maduro atas dakwaan pengedaran dadah dan jenayah lain. Sejak itu, beliau telah melonggarkan sekatan minyak ke atas Venezuela dalam usaha meningkatkan pengeluaran.
Maklumat lanjut akan menyusul.


