Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Kata Perjanjian Dengan Iran Belum Muktamad, "Jika Saya Tak Suka, Kami Akan..."

Trump Perjanjian Iran
Kredit: AFP

Trump Kata Perjanjian Dengan Iran Belum Muktamad, "Jika Saya Tak Suka, Kami Akan..."

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Rabu memberi amaran kepada Iran bahawa beliau bersedia untuk menyambung semula tindakan ketenteraan sekiranya Tehran gagal mematuhi kewajipannya, lapor AFP.

Amaran itu dinyatakan beliau dua hari sebelum satu perjanjian bagi menamatkan perang antara kedua-dua pihak dijadualkan ditandatangani.

Kredit: AFP

“Tidak, ia belum muktamad. Ia merupakan memorandum persefahaman. Sekiranya saya tidak menyukainya, kami akan kembali menyerang mereka.

“Sekiranya mereka tidak berkelakuan baik, kami akan kembali menggugurkan bom tepat di tengah-tengah kepala mereka," kata Trump ketika menghadiri Sidang Kemuncak G7, merujuk kepada perjanjian yang dijangka ditandatangani di Switzerland pada Jumaat.

Perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Februari dengan kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain dalam serangan udara.

Rundingan mengenai penyelesaian muktamad antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menamatkan konflik itu dijadualkan bermula pada Jumaat, sejurus selepas perjanjian berkenaan ditandatangani di Switzerland.

Rundingan itu akan diteruskan dalam tempoh 60 hari bagi memperincikan butiran perjanjian tersebut.