Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Kata Rundingan ‘Sangat Baik’, Iran Nafi Ada Perbincangan
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji rundingan yang sangat baik dengan seorang pegawai Iran yang tidak dikenal pasti pada Isnin.
Bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh Tehran, yang menuduh Trump memanipulasi pasaran tenaga.
Trump mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas secara mengejut membatalkan rancangan serangan baharu.
Beliau sebelum ini memberi amaran kepada Iran agar membuka semula laluan perkapalan Selat Hormuz dalam tempoh 48 jam atau berdepan tindakan AS untuk memusnahkan loji kuasanya.

Impak daripada pendedahan terbaru oleh Trump menyaksikan harga minyak jatuh dan pasaran saham melonjak apabila pemerhati cuba mentafsir kenyataannya walaupun dinafikan oleh Iran.
Seorang pegawai Israel yang tidak dinamakan mendakwa bahawa individu yang berhubung dengan Trump sebagai Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf. Beliau merupakan antara tokoh bukan ulama paling menonjol di negara itu.
Media juga melaporkan bahawa perunding AS Steve Witkoff dan Jared Kushner mungkin bertemu delegasi Iran untuk rundingan di Pakistan seawal minggu ini, dengan Naib Presiden JD Vance mungkin turut serta.
Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt tidak menafikan laporan itu, dengan berkata spekulasi mengenai mesyuarat tidak boleh dianggap muktamad sehingga diumumkan secara rasmi oleh Rumah Putih.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Isnin berkata beliau bercakap dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, dan menjanjikan bantuan Islamabad untuk membawa keamanan ke rantau tersebut.

Namun, Ghalibaf berkata di X bahawa tiada rundingan sedang berlangsung, sambil menegaskan Trump cuba memanipulasi pasaran kewangan dan minyak.
Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei berkata mesej telah diterima daripada beberapa negara sahabat yang menunjukkan permintaan AS untuk rundingan bertujuan menamatkan perang, tetapi menafikan sebarang rundingan telah berlaku, menurut agensi rasmi IRNA.
Netanyahu pula berkata beliau telah bercakap dengan Trump dan mengakui AS percaya perjanjian mungkin dicapai, tetapi berikrar untuk terus menyerang Iran dan Lubnan bagi melindungi Israel.