Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Sedia Ambil Alih Rumah Penduduk Untuk Bina Tembok Sempadan Mexico

Tembok Sempadan Mexico
Kredit: AFP

Trump Sedia Ambil Alih Rumah Penduduk Untuk Bina Tembok Sempadan Mexico

Presiden Donald Trump memberi Nayda Alvarez tempoh lima hari untuk membuat keputusan sama ada membenarkan pembinaan tembok sempadan AS-Mexico melalui halaman belakang rumahnya, lapor AFP.

Alvarez berkata sekiranya beliau enggan memberi kerjasama, rumahnya di sepanjang Sungai Rio Grande, Texas akan diambil alih secara paksa.

Tindakan tegas, termasuk rancangan memperketat sempadan dengan Mexico merupakan sebahagian daripada dasar dalaman agresif.

Trump kini menumpukan perhatian kepada sempadan di Laredo, Texas, sebuah bandar berpenduduk 250,000 orang, majoriti Hispanik yang terletak di tepi Rio Grande, sempadan semula jadi antara Amerika Syarikat dan Mexico.

Sepanjang sungai di Laredo, terdapat rumah, taman, laluan basikal dan joging, lokasi memancing, malah tanah perkuburan.

Difahamkan, tiada sebarang tembok dibina di kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya 60 pemilik rumah di kawasan tersebut menerima surat daripada kerajaan persekutuan.

Melibatkan pengambilalihan tanah secara besar-besaran

Seorang aktivis di Rio Grande International Study Center berkata isu di Laredo, Texas dan seluruh Texas Selatan, termasuk semua hartanah di tepi Sungai Rio Grande secara asasnya melibatkan pengambilalihan tanah secara besar-besaran.

Trump merancang untuk membina tembok ‘pintar’ di beberapa bahagian sempadan sepanjang 3,000 km (1,900 batu) dengan Mexico yang masih tiada pagar.

Sebahagian tembok telah dibina semasa penggal pertama beliau.

Menurut kerajaan, termasuk tembok yang wujud sebelum era beliau, kira-kira sepertiga daripada sempadan sudah mempunyai penghalang apabila Trump memulakan penggal kedua pada Januari 2025.

AFP melaporkan rancangan baharu itu merangkumi tembok fizikal atau, bergantung kepada kawasan, halangan air, jalan rondaan dan teknologi yang direka untuk menahan penduduk yang cuba menyeludup masuk dari Mexico

“Tembok itu akan dibina di halaman belakang rumah,” kata Alvarez.

Beliau berkata surat yang diterimanya bulan ini menyenaraikan pilihan: membenarkan kerajaan membina di halaman belakang dengan bayaran $1,000, atau berunding untuk menjual rumah atau hak halaman belakang kepada kerajaan.

Jika tidak memilih salah satu daripada pilihan tersebut, surat itu menyatakan bahawa kerajaan akan menggunakan hak eminent domain, iaitu hak untuk mengambil alih harta persendirian bagi kegunaan awam dengan pembayaran pampasan terhadap aset yang diambil.

Sumber:AFP