Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Sifatkan Operasi Rampas Kapal Seperti Tindakan 'Lanun'

Trump
Kredit: EPA

Trump Sifatkan Operasi Rampas Kapal Seperti Tindakan 'Lanun'

Presiden Donald Trump menyifatkan tindakan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dalam satu operasi merampas kapal di tengah sekatan Washington terhadap pelabuhan Iran sebagai mirip aktiviti lanun.

Menurut Trump, pasukan tentera AS telah mendarat di atas kapal berkenaan sebelum mengambil alih keseluruhan kargo dan minyak yang dibawa.

“(Tentera) kami mendarat di atasnya dan kami mengambil alih kapal itu. Kami mengambil alih kargo, mengambil alih minyak. Ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan,” katanya ketika berucap dalam satu perhimpunan di Florida.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan operasi tersebut sebagai “seperti lanun”, yang disambut sorakan oleh para hadirin.

“Kami seperti lanun. Tetapi tidak bermain-main,” tambahnya.

Tehran dilaporkan secara efektif menutup Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia, susulan permulaan kempen udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

AS sebelum ini mengumumkan sekatan ke atas pelabuhan Iran bulan lepas selepas rundingan damai di Pakistan gagal mencapai sebarang persetujuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Pemerintahan AS yang bertanggungjawab terhadap operasi tenteranya di Asia Barat memaklumkan bahawa sebanyak 45 kapal telah disekat setakat kelmarin bagi memastikan pematuhan terhadap sekatan yang dikenakan.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, memaklumkan kepada pemberita pada April lalu bahawa sekatan tersebut akan diteruskan selama mana yang diperlukan.

Sementara itu, pegawai tentera tertinggi AS, Jeneral Dan Caine, berkata sekatan itu turut meliputi semua kapal tanpa mengira kewarganegaraan yang menuju ke atau keluar dari pelabuhan Iran.