Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Tandatangani MoU Henti Perang AS–Iran

Trump
Kredit: X @Emmanuel Macron

Trump Tandatangani MoU Henti Perang AS–Iran

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menandatangani salinan fizikal Memorandum Persefahaman (MoU) Amerika Syarikat(AS)–Iran semasa majlis makan malam di Istana Versailles, Perancis, lapor CNN.

Seorang pegawai kanan AS memaklumkan bahawa Washington kemudian menghantar gambar dokumen yang telah ditandatangani itu kepada Iran sebagai sebahagian daripada usaha rasmi  menamatkan konflik antara kedua-dua negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata perjanjian tersebut membuka ruang ke arah keamanan yang berkekalan serta membolehkan pembukaan semula Selat Hormuz.

Beliau turut menyifatkan perjanjian itu sebagai langkah penting ke arah yang lebih baik, yang dijangka memberi kesan terhadap penurunan harga tenaga dalam tempoh terdekat.