Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Ugut, Beri Tekanan Kepada Sekutu NATO, China Untuk Bantu Buka Semula Selat Hormuz

Trump Ugut NATO
Kredit: AFP

Trump Ugut, Beri Tekanan Kepada Sekutu NATO, China Untuk Bantu Buka Semula Selat Hormuz

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi tekanan kepada sekutu North Atlantic Treaty Organization (NATO) serta China supaya membantu membuka semula Selat Hormuz yang kini ditutup oleh Iran sebagai tindak balas terhadap perang yang dilancarkan oleh AS dan Israel ke atas Tehran.

AFP melaporkan harga minyak global melonjak antara 40 hingga 50 peratus selepas Iran menutup laluan perairan penting itu selain melancarkan serangan terhadap kemudahan berkaitan di negara-negara Teluk yang menempatkan kepentingan ketenteraan AS.

Dalam masa sama, harga minyak mentah turut terus meningkat apabila pasaran dibuka lewat malam tadi.

Trump sebelum ini menggesa negara-negara termasuk China, France, Japan, South Korea dan United Kingdom agar menghantar kapal masing-masing untuk mengiringi kapal tangki yang melalui Selat Hormuz.

Bagaimanapun, pelbagai negara yang disenaraikan hanya memberikan maklum balas berhati-hati.

"Adalah wajar bagi negara yang mendapat manfaat daripada laluan selat itu untuk turut membantu memastikan tiada perkara buruk berlaku di situ," kata Trump lagi.

Tidak seperti AS, Eropah dan China sangat bergantung pada Teluk untuk import minyak.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran bahawa tiada tindak balas atau jawapan negatif terhadap permintaannya akan menjadi “sangat buruk untuk masa depan NATO.”

Trump juga mengugut untuk menangguhkan sidang kemuncak yang dirancang bersama pemimpin China Xi Jinping pada hujung bulan ini sekiranya Beijing tidak membantu membuka semula selat itu.

Sumber:AFP