Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak Dapat Teman, Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak
Perjalanan untuk mencari jodoh bukanlah mudah, ada orang yang mendapat rezeki berkahwin awal, ada pula perlu menunggu lama untuk menamatkan status bujang. Namun, setiap dari kita sudah tentu menginginkan pasangan yang baik, yang menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa.
Bila sudah mendapatkan pasangan seperti itu, hargailah sebaiknya walaupun berdepan pelbagai ranjau dalam rumah tangga. Begitu juga apabila para isteri mengandung dan melahirkan anak, suami perlulah menjadi pendamping terbaik mereka.
Seperti yang diketahui, proses bersalin bukan sesuatu yang mudah, wanita perlu bertarung nyawa demi melahirkan cahaya mata. Justeru, tidak hairan jika ada suami yang menangis dan tidak sampai hati melihat keadaan isteri pada ketika itu.
Itulah yang dapat dilihat menerusi satu video yang tular baru-baru ini di TikTok. Seorang lelaki dilihat tidak dapat menahan emosi ketika menunggu isterinya melahirkan anak mereka.
Di saat orang-orang lain mungkin menunggu ketibaan bayi mereka, lelaki itu sebaliknya risau mengenai keadaan isterinya. Ditambah lagi apabila dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik bedah.
Video yang dimuat naik si isteri @nichonfey, menunjukkan suaminya menangis teresak-esak dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.
“Ketika semua orang menunggu bayiku dilahirkan, suamiku menangis tanpa henti kerana risaukan aku.
“Suami aku tak boleh masuk ke bilik bedah untuk temankan aku sepanjang pembedahan berlangsung.
“Dia tahu aku ni penakut orangnya, dia tak boleh bayang betapa takutnya aku dalam bilik bedah seorang diri,” katanya.
Menurutnya lagi, suaminya menangis hampir dua jam ketika menunggu pembedahan itu selesai.
Apa yang membuatkannya terharu apabila suaminya bertanya tentang keadaannya terlebih dahulu kepada doktor selepas pembedahan selesai.
“Terima kasih suamiku kerana selalu utamakan aku lebih dari apa pun,” katanya lagi.
Sehingga kini, video pasangan dari Indonesia itu mendapat sebanyak 23.3 juta tontonan di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu melihat lelaki itu dan mendoakan kebahagian mereka.
“Seorang wanita disayangi suami, semua wanita ikut bahagia, tahniah,” kata seorang netizen.
“Semoga cinta seperti ini menemuiku,” kata seorang lagi.
Sumber: nichonfey