Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Satu lagi kejadian tembakan dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan tujuh orang cedera ditembak.
Menurut Daily Mail, kejadian yang berlaku pada jam 9 malam waktu tempatan itu memperlihatkan seorang lelaki bersenjata mengamuk dan melakukan tembakan di sebuah kasino di Green Bay, Wisconsin.
Kasino tersebut memberi amaran mengenai ‘situasi penembak aktif’ menerusi Twitter.
Sementara itu, beberapa agensi penguatkuasa sedang berusaha untuk melindungi lokasi tersebut dan berjaya menangkap seorang suspek.
“Suspek kini dalam tahanan. Seramai tujuh orang telah ditembak dan pihak berkuasa kini berusaha untuk membersihkan kasino,” kata pihak kasino itu menerusi Twitter.
Sumber: Daily Mail