Berikutan dengan isu jarum vaksin yang hangat diperkatakan di media sosial susulan daripada suntikan pertama vaksin ke atas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung baru-baru ini, seorang doktor tampil berkongsikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Arisman, perkara tersebut adalah keadaan biasa terutamanya bagi ibu bapa yang pernah menemani anak mereka menerima suntikan di klinik-klinik.
Menurutnya, ianya akan membuatkan seseorang itu keliru sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar. Tambah Dr.Arisman, keadaan itu berlaku kerana proses untuk menarik ubat ke dalam picagari lebih cepat sekiranya jarum lebih besar digunakan.
Dr. Arisman juga berpesan agar pihak tertentu tidak lagi mengelirukan masyarakat dalam perkara sebegini.