Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tular Bergaduh Depan Restoran, Lima Lelaki Ditahan

Iqbal Yasir
bergaduh depan restoran
Gambar: Tangkap Layar Tular via Sinar Harian

Tular Bergaduh Depan Restoran, Lima Lelaki Ditahan

JOHOR BAHRU — Polis menahan lima lelaki susulan video tular pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian selepas mengesan satu video tular di media sosial Facebook.

Dalam video tersebut, memaparkan kejadian sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran di lokasi berkenaan.

Tambahnya, pihak polis juga mengesahkan kejadian selepas menerima satu laporan pada sekitar jam 2.27 petang Selasa berhubung kejadian.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru telah membuat serbuan di empat lokasi yang berbeza sekitar Johor Bahru.

Dalam serbuan itu, mereka berjaya menangkap lima orang suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 hingga 43 tahun.

Pihak polis turut merampas dua buah telefon bimbit pelbagai jenis dan dua batang kayu rotan.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati empat orang suspek tidak mempunyai rekod lampau. Manakala seorang lagi suspek mempunyai dua kes dadah dan satu kes jenayah.

“Kelima-lima suspek telah menjalani pemeriksaan ujian saringan air kencing dan mendapati negatif dari sebarang jenis dadah.

“Hasil semakan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham di antara kesemua suspek hingga menyebabkan pergaduhan pada Isnin di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

BACA: Lebih 1.2 Juta Orang Dah Daftar PADU

Menurut Raub, kesemua suspek direman selama sehari pada Rabu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 016-4831003 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Farra Azreen binti Hamzah di talian 013-5781125,” katanya lagi.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Selatan