Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah gambar memaparkan sekumpulan lelaki berbaju melayu dan berkopiah sedang berkumpul di dalam sebuah rumah yang berlatar belakang simbolik kepada agama Kristian.
Tidak dapat dipastikan tujuannya, tetapi ada netizen yang mendakwa kumpulan lelaki tersebut sedang melakukan majlis tahil di rumah berkenaan. Perkata tersebut nyata telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan tersebut.
Tampil memberi penjelasan, terdapat beberapa individu yang mendakwa bahawa pemilik rumah berkenaan adalah ibu bapa kepada anak-anak yang telah memeluk agama Islam. Sekumpulan lelaki tersebut pula didakwa sedang melakukan majlis tahlil bagi salah seorang anak mereka yang baru sahaja meninggal dunia.


Malah, menurut beberapa individu situasi sebegitu sudah menjadi kebiasaan di Borneo. Perbezaan kaum dan agama tidak menjadi titik penghalang bagi mereka untuk bersatu dan hidup dalam aman damai.
Rata-rata netizen turut berpendapat bahawa isu tersebut tidak perlu ditimbulkan kerana ia merupakan perkara biasa bagi masyarakat di sana.




Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan perkara berkenaan.
Sumber : Facebook