Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Pintu Tren Terbuka, Rapid KL Mohon Maaf, 7 Penumpang Dipindahkan Dengan Selamat

Gambar Hiasan Via Bernama

Rapid KL telah membuat permohonan maaf di atas kejadian tular yang berlaku semalam di mana pintu tren LRT terbuka semasa sedang bergerak.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, kejadian yang berlaku jam 3.01 petang itu memperlihatkan pintu LRT laluan Kelana Jaya tetap terbuka semasa sedang bergerak setelah ia berlepas dari Stesen LRT Ara Damansara menuju ke Stesen LRT Lembah Subang.

Difahamkan, Pusat Kawalan Operasi menyedari perkara tersebut dan tren tidak dapat beroperasi ketika sampai di Stesen LRT Lembah Subang. Ia kemudian dihantar ke depot untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Semasa kejadian, terdapat tujuh penumpang di dalam tren tersebut dan semua telah dipindahkan dengan selamat,” kata Rapid KL dalam kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Rapid KL memandang serius kejadian tersebut dan siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengenal pasti puncanya. Rancangan mitigasi yang sesuai juga akan dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku di masa hadapan.

Sumber: Rapid KL