Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Rakaman Dron Pelancong Rekod Detik Glasier Runtuh Di Nepal

Glasier Runtuh Di Nepal
Kredit: Straits Times

Bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan Nepal-Tibet menyaksikan ratusan nyawa terkorban manakala ribuan lagi masih hilang.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai memandangkan kawasan berkenaan merupakan antara lokasi tumpuan pelancong, khususnya dalam kalangan pendaki.

Baru-baru ini, tular satu video yang dipercayai dirakam oleh seorang pelancong ketika menikmati pemandangan di Daerah Gyirong, Tibet.

Rakaman tersebut secara tidak sengaja memaparkan detik sebuah glasier runtuh di Nepal sebelum kejadian itu mencetuskan banjir besar.

Terdahulu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendapati isyarat seismik yang direkodkan sebelum banjir berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran puing yang kemudiannya mencetuskan bencana besar di kawasan hilir.

Justeru, video tersebut dipercayai menjadi antara rakaman yang menunjukkan detik berlakunya runtuhan glasier terbabit.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 3,000 orang kini dilaporkan hilang susulan kejadian tersebut dan lebih 600 orang maut.

Operasi menyelamat pula masih diteruskan walaupun hujan lebat dijangka berterusan pada hujung minggu ini, lapor CNN.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Nepal berkata pihaknya telah menghubungi beberapa kerajaan asing bagi mendapatkan bantuan khusus termasuk kemudahan peti sejuk beku susulan peningkatan jumlah mayat yang ditemukan.

Pihak berkuasa juga merancang untuk mengebumikan mayat yang tidak dapat dikenal pasti di dalam kubur besar.

Intipati
  • Video tular dipercayai merakam detik runtuhan glasier di Nepal sebelum banjir besar berlaku.
  • USGS mendapati isyarat seismik sebelum banjir berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran puing.
  • Lebih 600 orang maut, sekurang-kurangnya 3,000 hilang, manakala operasi menyelamat masih diteruskan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan