Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Seorang Ayah Bonceng Anak Sakit Dari Terengganu, Pihak IJN Tampil Perjelaskan

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang warga emas yang didakwa membawa anaknya dari IJN, Kuala Lumpur ke Terengganu hanya dengan membonceng motosikal. Kisah tersebut telah menyentuh hati ramai pihak terutamanya wargamaya yang rata-ratanya bersimpati terhadap nasib kedua-duanya.

Namun begitu, kisah yang tular di media sosial itu telah disahkan tidak tepat sebaik sahaja kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak IJN sendiri.

Dalam perkongsian rasmi berkenaan, pihak IJN memberitahu telah menjalankan siasatan dan mendapati individu tersebut merupakan orang sama dengan modus operandi yang sama.

PERHATIAN

Menurut pihak IJNF, individu tersebut merupakan pesakit yang tidak datang mendapatkan rawatan susulan sejak tahun 2016 lagi. Kisahnya yang tular pada baru-baru ini sangatlah tidak bertepatan dengan rekod rawatan susulan yang dijalankan oleh individu terbabit.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu berita daripada pihak yang sepatutnya. Penularan sesuatu berita yang tidak sahih sedikit sebanyak akan menjejaskan pihak yang terlibat secara tidak langsung.

Sumber: IJN Foundation