Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Suasana Raya 1984, Tradisi Pos Kad Raya Imbau Nostalgia Ramai

Tular Suasana Raya 1984
Kredit: Finas Malaysia

Tular Suasana Raya 1984, Tradisi Pos Kad Raya Imbau Nostalgia Ramai

Pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Bila bercakap mengenai raya, setiap orang mempunyai kenangan yang tersendiri bersama keluarga, rakan-rakan atau sanak saudara.

Nostalgia raya dulu-dulu

Bagaimanapun, kita semua sebagai masyarakat di Malaysia juga mempunyai kenangan atau momen yang kolektif. Lebih-lebih lagi sambutan raya pada tahun 80-an, 90-an dan 2000-an.

Sehingga kini, ia kekal menjadi nostalgia yang dikenang oleh semua orang.

Pun begitu, dunia hari ini yang dipenuhi dengan kemodenan dan pendigitalan memperlihatkan beberapa tradisi ketika raya sudah tenggelam ditelan arus perubahan zaman.

Sebagai contoh, penghantaran kad raya dengan ucapan yang istimewa kepada keluarga atau rakan-rakan tidak lagi dilakukan kerana kini orang ramai boleh menghantar ucapan menerusi telefon pintar masing-masing.

Mungkin ada yang rindu untuk merasai semula suasana raya seperti itu.

Baru-baru ini, tular semula satu video yang pernah diterbitkan oleh Finas Malaysia, yang memaparkan suasana masyarakat pada tahun 1984 yang melakukan persiapan raya.

Video dokumentari yang bertajuk Retrospektif: Ramadan Berlalu Syawal Menjelang (1984) itu telah dimuat naik di Youtube Finas Malaysia pada 2022.

Jadi kenangan seumur hidup

Menerusi video itu, salah satu perkara yang mencuri tumpuan adalah kemeriahan penghantaran kad raya.

Dianggarkan lebih lima juta kad raya dihantar menerusi pos di seluruh negara pada ketika itu.

"Kad hari raya dikirim sebagai tanda ingatan tulus ikhlas setahun sekali tetapi menjadi kenangan seumur hidup

"Setiap hari kad selamat hari raya mencurah-curah sampai di pejabat pos.

"Kesibukan pekerja-pekerja pejabat pos jelas kelihatan kerana lebih dari lima juta kad hari raya yang hendak dihantar di merata tempat," kata narator dalam video itu.

Video itu juga memperlihatkan suasana di masjid yang menyaksikan para jemaah khusyuk berqiamullail untuk 'memburu' Lailatul Qadar.

Dalam pada itu, situasi di Hentian Puduraya pada tahun itu juga dipaparkan. Orang ramai dilihat memenuhi stesen bas untuk berangkat pulang ke kampuang halaman masing-masing.

Bagi anda yang ingin melihat dan merasai suasana raya pada tahun 1984, tonton video di bawah ini.

Sumber:- YouTube