Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belum Raya Dah ‘Berperang’, Netizen Tayang Sampul Raya Baharu

sampul raya 2026
Kredit: Threads Aiman Eusuf

Fenomena perkongsian koleksi sampul raya kembali mencuri perhatian warga maya menjelang Aidilfitri tahun ini.

Di pelbagai platform media sosial, orang ramai mula memuat naik gambar koleksi sampul raya baharu masing-masing.

Ada yang berkongsi rekaan minimalis dan moden. Tidak kurang juga yang memilih konsep klasik dengan sentuhan tradisional.

Situasi itu mencetuskan suasana seakan ‘perang’ tidak rasmi dalam kalangan netizen.

Masing-masing berlumba mempamerkan sampul raya paling unik dan menarik perhatian.

Sebahagian netizen mengakui sudah menjadi tradisi mengumpul sampul raya saban tahun.

Rekaan sampul raya menyerlahkan kreativiti

Rekaan tahun ini dilihat lebih berani dengan kombinasi warna terang dan ilustrasi kreatif.

Sesetengah sampul raya turut menampilkan elemen tempatan seperti motif songket dan batik.

Terdapat juga rekaan berunsurkan kartun comel serta mesej ringkas. Lebih menarik, ada juga sampul raya yang diperbuat daripada kain baldu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat variasi rekaan yang dikongsikan.

“Tertekan jabatan mana yang kena reka sampul, banyak saingan tahun ni,” seloroh netizen.

“Bang, nak sekeping,” ujar seorang lagi.

Perform betul semua sampul raya tahun ni,” puji yang lain pula.

Fenomena ini secara tidak langsung memeriahkan lagi suasana menjelang Syawal.

Sampul raya bukan sekadar tempat menyimpan duit raya. Ia kini menjadi simbol kreativiti dan identiti tersendiri.

Bagi sesetengah pihak, pemilihan sampul raya turut mencerminkan personaliti pemberi.

Sampul raya sebagai langkah pemasaran

Trend perkongsian ini juga membuka ruang kepada pereka tempatan mempamerkan hasil karya mereka.

Ada dalam kalangan usahawan kecil yang memanfaatkan peluang tersebut untuk mempromosikan produk.

Perkongsian demi perkongsian terus membanjiri garis masa media sosial.

Setiap rekaan tampil dengan keunikan tersendiri.

Dari pemerhatian min, warga maya dilihat terus aktif berkongsi koleksi baharu masing-masing.

Suasana meriah itu sekali gus menambahkan lagi keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Min ucapkan selamat mengumpul sampul raya buat semua.