Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemas kini status terkini cuaca panas pada Tahap 1 yang kini melibatkan sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia.
Menerusi muat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, status cuaca panas di hampir kebanyakan kawasan Negeri Perlis.
Cuaca panas di Semenanjung
Di Kedah, MetMalaysia mengemas kini Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling mengalami cuaca panas pada Tahap Berjaga-jaga.
Manakala di Kelantan, daerah yang tersenarai merupakan Pasir Mas.
Terus ke Selangor, Gombak kini antara kawasan yang mengalami cuaca panas.
Turun ke Johor, daerah Tangkak dan Segamat turut tersenarai.

“Tahap berjaga-jaga melibatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” jelas MetMalaysia.
Orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

