Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuwait -- Beberapa pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di sini pagi Isnin, namun kesemua kru dilapor selamat, lapor AFP yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Kuwait.
Jurucakap kementerian itu memaklumkan bahawa beberapa pesawat perang milik AS terlibat dalam insiden berkenaan ketika Iran meneruskan hari ketiga serangan di Teluk.
“Beberapa pesawat tentera AS tergempas pagi tadi. Disahkan semua kru terselamat,” maklum kenyataan tersebut.
Difahamkan, punca nahas masih dalam siasatan.
“Pihak berkuasa segera memulakan operasi mencari dan menyelamat, memindahkan dan membawa kru ke hospital bagi pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Keadaan mereka dilaporkan stabil,” tambah kenyataan tersebut.
Berita lanjut menyusul.