Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Video Rakam Enam Kereta Dibakar Individu Didakwa Kurang Siuman

enam dibakar individu kurang siuman
Kredit: Instagram

Tular Video Rakam Enam Kereta Dibakar Individu Didakwa Kurang Siuman

Enam buah kereta dilaporkan telah dibakar oleh seorang individu didakwa kurang siuman, dalam kejadian yang berlaku di Bandar Bukit Tinggi, Klang, semalam.

Sebuah video yang merakam tindakan lelaki berkenaan turut menjadi tular di media sosial. Difahamkan, rakaman itu diambil menerusi sebuah kamera papan pemuka (dashcam) salah sebuah kenderaan yang dibakar.

Menerusi rakaman berkenaan, dapat dilihat individu berkenaan membawa satu bekas berisi cecair dipercayai bahan bakar sebelum mencurahkan kepada kereta.

Kemudian, individu berkenaan dirakam menhidupkan api pada bahagian kereta yang dicurah dengan cecair dibawanya.

Mujurlah, ketika kejadian, pemilik kenderaan masih berada di dalam kereta dan sempat mengalihkan kenderaannya.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Ini Maksud “Coordinated Inauthentic Behaviour” & Kesannya Kepada Masyarakat

Sumber: era.je via Instagram