Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tulisan Tangan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Adik Ini Buat Ramai Kagum
Setiap daripada kita mempunyai tulisan tangan yang berbeza-beza dan unik. Ada tulisan yang kemas, teratur seperti garis kehidupan yang tenang.
Ada juga mereka yang mempunyai tulisan seperti senget, penuh lengkung dan menarik untuk dilihat.
Bagaimanapun, tulisan bukan sekadar huruf atas kertas, ia adalah cerminan hati, dari situlah terlukisnya emosi dan kisah tersendiri.
Setiap goresan, setiap titik, menyimpan cerita yang hanya penulisnya faham.
Misalnya, saat kita sedih, tulisan boleh menjadi lemah dan longlai. Ketika marah, garisnya menjadi tajam dan tergesa. Dan waktu gembira? Tulisan umpama mengalir laju, seperti tak sabar berkongsi rasa bahagia.
Dalam dunia serba digital hari ini, tulisan tangan mungkin semakin jarang digunakan. Namun ia tetap hidup dan mempunyai ‘jiwa’ dalam setiap nota yang dihasilkan.
Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak lelaki menulis ayat-ayat suci Al-Quran dalam helaian kertas mencuri perhatian ramai.
Menariknya dalam perkongsian pengguna TikTok @syinahakim, dipercayai ibunya, hasil tangan kanak-kanak itu begitu kemas dan cantik walaupun usia kanak-kanak itu baru 9 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpesona dan mengakui ayat-ayat suci Al-Quran yang ditulis sangat kemas.
Ada juga yang berkata cara kanak-kanak itu memegang pensel unik. Berikut antara komen netizen;
“Macam ni la contoh anak yang patut dibanggakan. MasyaAllah cantik tulisan jawi dia, saya pun tulis tak secantik tu,” puji seorang pengguna.
“Zoom la satu gambar yang siap tulis.. nampak cntik tulisannya tu masyaAllah anak hebat,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah. cantik nya tulisan dia. Jangan disia-siakan bakat dia sis,” kata seorang lagi.
“Allah, bagus betul anak soleh ni. Cantik pula tulisannya walaupun nampak kekok stail pegang pensel tu…semoga jadi anak soleh yang membahagiakan abah & mamanya. Moga suatu hari jadi hafiz yang dapat menarik kedua-dua abah dan mama ke syurga,” tulis seorang lagi.
Sumber: TikTok @syinahakim