Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Abdul Hadi Awang Selesai Jalani Prosedur Rawatan Hari Ini
KUALA TERENGGANU — Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berjaya menjalani prosedur rawatan yang dilakukan pada hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya.
“Alhamdulillah. Makluman daripada Ustaz Khalil, prosedur berjaya,” tulisnya.
Tambahnya, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan prosedur rawatan yang dijalani oleh Presiden PAS itu.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa doktor menasihatkan agar Abdul Hadi tidak menerima pelawat buat masa kini.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Atas nasihat doktor, tiada pelawat dalam masa terdekat. Mohon doakan kesembuhan untuk Ayah Chik tercinta,” katanya lagi.
Sebelum ini, Presiden PAS itu dilapor bakal menjalani prosedur rawatan esok (hari ini).
Perkara itu dimaklumkan anaknya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Dr Muhammad Khalil melalui laman sosial Facebooknya, sambil memohon orang ramai mendoakan kejayaan prosedur rawatan Ahli Parlimen Marang itu.
“Insya-Allah Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan esok. Justeru saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,” katanya dalam hantaran Facebook tersebut.
Ketika dihubungi Bernama, Ahli Dewan Undangan Batu Buruk itu bagaimana pun enggan mendedahkan jenis rawatan, keadaan kesihatan dan lokasi ayahnya menjalani prosedur tersebut.
Pada Januari tahun lepas, Abdul Hadi, 77, pernah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sumber: Facebook Syahir Sulaiman